Monday, December 21, 2015

'Beri Umno kemaafan'. Tiga jawapan dari PAS

BARU-BARU ini, isu Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini terus hangat diperkatakan.
Sehubungan itu, Pas tampil memberikan jawapan kepada tiga persoalan mengenai isu berkenaan:
 
Soalan 1: Pas setuju gabung Umno?
Jawapan: TIDAK setuju
 
Soalan 2: Pas setuju kerjasama dgn Umno?
Jawapan:
i - SETUJU jika atas dasar kebajikan rakyat dan takwa menegakkan Islam
ii - TIDAK SETUJU jika atas dasar dosa, menegakkan kemungkaran dan kezaliman.
Soalan 3:  Kenapa Pas dilihat berlunak dengan Umno akhir-akhir ini?
Jawapan:  Pas melihat Umno, sama ada pemimpin atau ahli-ahlinya adalah sebagai sasaran dakwah yang mesti didekati dan disampaikan kepada mereka Islam.
Umno perlu dinasihati untuk meninggalkan kemungkaran dan kezaliman dan kembali kepada Islam.
 
NASRUDIN HASSAN Ketua Penerangan Pas 21 Disember 2015

No comments:

Post a Comment