21/12/15
Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga
dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
Dalam
jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak
keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam
perbincangan.
Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan
menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan
September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama
dengan Petro Saudi International.
"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau
bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan
telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat
mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.
"Encik
Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat
dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan.
Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.
No comments:
Post a Comment