22/12/15
Seorang lelaki didakwa dibawa ke balai polis selepas 20 keping poster bertulis “Mana RM2.6 bilion?” ditemui dalam keretanya.
Low Weng Chew, anggota DAP Pahang, dikatakan ditahan dalam pemeriksaan rambang di Taman Midah, Cheras ketika sedang memandu.
Selepas
rundingan, dibantu oleh pembantu kepada seorang pemimpin DAP melalui
telefon, polis meminta Low ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras
bersama mereka, menurut rakan Low.
“Mereka tidak menahannya,
mereka hanya mahu dia ke balai polis untuk membuat laporan bahawa beliau
diberhentikan oleh polis,” kata seorang rakan Low, yang hanya mahu
dikenali sebagai Billy.
Billy mendakwa polis meminta Low membawa poster-poster itu bersamanya ke balai polis.
Poster
“Mana RM2.6 bilion?” kali pertama dipamerkan oleh anggota parlimen
pembangkang dalam Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2016 pada
Oktober.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terus dihantui isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment