Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak
beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan
kepada perasa tentera.
PETALING JAYA: Ali Baharom atau Ali Tinju perlu membuat pemohonan
maaf kepada Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
(PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
Desakan itu dibuat bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia
(PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani susulan tuduhan kononnya Anwar makan
gaji buta dan tidak membela nasib bekas tentera.
“Ali Tinju perlu memohon maaf kepada Tan Sri Anwar dan perlu
menghormati presiden. Malah bawa berbincang sekiranya tidak puas hati,
(bukanya membuat kenyataan secara terbuka),” katanya kepada FMT.
Katanya, Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau
memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan untuk
pesara tentera.
“Saya akui semasa saya pegang jawatan presiden dengan dia (Anwar)
pegang, banyak perubahan telah dilakukan Anwar kepada pesara tentera,
malah bekas tentera disini saya lihat lebih selesa. Cuma cara dia
bekerja secara diam-diam.
“Saya rasa Ali Tinju tidak tahu perkembangan semasa, jadi jangan buat komen kepada seseorang tanpa bukti,” katanya.
Terdahulu, Ali Tinju mendesak Anwar supaya meletak jawatan senator
kerana gagal membawa suara bekas tentera di parlimen,malah mendakwa
beliau makan gaji buta.
FMT
No comments:
Post a Comment