Friday, December 18, 2015

Disiplin tentera bantu kolonel jaga 16 isteri, 37 anak

Malaysiakini 18/12/15

Disiplin yang tinggi dalam pasukan tentera didakwa menjadi kelebihan kepada Mohammed Hosni al-Shammari.
Bagi Mohammed, ketaatan kepada peraturan - termasuk untuk diri sendiri - membolehkan dia berlaku adil bukan saja kepada anak-anak, malah terhadap isteri-isterinya.

Kata Mohammed, 78, sehingga kini dia sudah menikahi 16 wanita sejak kali pertama berkahwin ketika dia baru berusia 14 tahun.
Mohammed yang berasal dari Bisha di selatan Arab Saudi berkata, sehingga kini dia memiliki 37 anak daripada 16 isteri, dan 50 cucu.

Ketika ini Mohammed hidup bersama empat isterinya sesuai dengan keizinan diberi Islam yang membenarkan poligami.
Isteri yang lain sama ada sudah meninggal dunia atau diceraikan.
Kata Mohammed dia menyertai tentera beberapa tahun selepas berkahwin kali pertama.

Sejak itu, katanya, disiplin yang tinggi dalam pasukan keselamatan itu membantu dia berlaku adil terhadap semua isteri dan pada masa sama memudahkan dia membesarkan anak-anaknya.
"Saya berminat memilih isteri di kalangan wanita dari pelbagai wilayah di Arab Saudi.
"Selepas berkahwin, saya menekankan disiplin dan keadilan kepada mereka," katanya.
Mohammed bersara ketika dia berpangkat kolonel.

No comments:

Post a Comment