Sarjana kontroversi Kassim Ahmad hari ini menang mencabar pendakwaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya asas tuduhan
menghina Islam dan melanggar fatwa.
Hakim Mahkamah Rayuan Vernon
Ong menyampaikan keputusan panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan
Putrajaya, yang antara lain mengisytiharkan penahanan lelaki 82 tahun
itu pada 26 Mac lalu tidak sah.
Ong juga berkata terdapat pindaan
dibuat terhadap waran tangkap yang digunakan pada Kassim, justeru
menjadikannya tidak sah dan terbatal.
Panel hakim juga berkata
Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa lebih tinggi terhadap
tribunal lebih rendah, termasuk Mahkamah Syariah apabila ia terkhilaf
daripada aspek undang-undang.
Kassim dianugerahkan kos RM20,000.
Turut menganggotai panel itu ialah hakim Abdul Rahman Sebli dan Hasnah Mohammed.
Kassim, yang datang dari Kedah pagi ini, ditemani isteri, dua anak perempuan dan empat cucu.
Malaysiakini 21/12/15
No comments:
Post a Comment