Ramai ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan perkembangan terbaru itu.
KUALA LUMPUR: Adakah majoriti ahli PAS dan Umno di peringkat akar
umbi setuju dengan ‘hubungan’ pemimpin parti mereka yang dilihat kian
erat?
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata,
walaupun hubungan Pas dan Umno kelihatan kian mesra, masih banyak isu
antara dua parti terbesar Melayu itu yang belum selesai sehingga kini.
“Ada banyak dimensi dalam isu ini, misalnya undang-undang hudud.
“Saya tahu ahli Pas di peringkat akar umbi tidak selesa dengan
perkara ini (kerjasama Umno-PAS),” katanya kepada Free Malaysia Today.
Namun, beliau yang kini menjadi Pengarah Strategi Parti Amanah Negara
(Amanah) enggan mengulas lanjut dan mahu melihat tindakan pemimpin
kedua-dua parti yang seterusnya.
“Sementara saya tahu akan potensi pergolakan dalam Pas dan juga Umno,
saya enggan mengulas panjang dan ingin melihat tindakan (pemimpin
kedua-dua parti) yang seterusnya.
“Ke manakah mereka ingin bawa, serta apakah maksud ‘drama’ ini,” katanya lagi.
Kerjasama PAS dan Umno kembali hangat diperkatakan selepas ‘berkuburnya’ Pakatan Rakyat Jun lalu.
Malah Presiden kedua-dua parti, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkongsi pentas dalam satu program di sini tiga hari
lalu.
Najib secara terbuka menjemput Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam.
No comments:
Post a Comment