Majlis Peguam gagal bertindak untuk memberi penerangan sehingga pihak polis dipersalahkan dalam kes Zulkifli
KUALA
LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas Majlis
Peguam kerana gagal memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kes
Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal berdepan hukuman gantung kerana
didakwa membunuh perompak.
Katanya, Majlis Peguam kononnnya sebelum ini lantang memperjuang hak
asasi rakyat, namun apabila melibatkan isu Zulkifli mereka gagal tampil
mejelaskan kepada rakyat sehingga pihak berkuasa dipersalahkan.
“Saya minta peguam hak asasi manusia, melalui Majlis Peguam keluar
bagi penjelasan, kalau bab lain cepat bagi penjelasan kenapa yang ini
(isu Zulkifli) tidak ada pula
“Di sini peranan Majlis Peguam untuk bagi penerangan, mereka kononnya
pakar beri penerangan kepada orang ramai dan kenapa biarkan orang ramai
buat pandangan sendiri sampai jadi viral,” katanya semasa sidang media
selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat JIPS di Mes Pegawai Kanan
Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata, tindakan Zulkifli yang membunuh dengan alasan
mempertahankan diri dan keluarganya daripada perompak bertentangan
dengan Seksyen 99 Kanun Keseksaan yang secara jelas menyatakan hak
seseorang untuk bertindak.
Katanya, orang ramai juga gagal mamahami had sebenar untuk seseorang
itu bertindak bagi mempertahankan diri daripada penjenayah dan
menyalahkan pihak berkuasa apabila sesuatu hukuman itu dibuat, sehingga
perkara itu menjadi viral.
“Banyak orang tidak tahu had mana mempertahankan diri, Seksyen 99
Kanun keseksaan menjelaskan setakat mana hak mempertahankan diri oleh
orang ramai boleh digunakan. Malah bagi pihak polis juga ada had. Bukan
had pertahankan diri hak mutlak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan Jabatan Perhubungan Awam
Bukit Aman mengeluarkan maklumat lengkap berhubung hak mempertahankan
diri mengikut undang-undang.
FMT
Aduh …. Sedapnyer Bang !!
ReplyDelete>>> KLIK HERE !! <<<