KUALA KRAI - Seorang lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah
Majistret Kuala Krai selepas didapati bersalah memukul isterinya dengan
penyapu gara-gara enggan melihat punca gatal di kepalanya.
Hukuman ke atas tertuduh Mohd Zulkifli Mohd Nor, 33, diputuskan Majistret Amal Razim Alias.
Mengikut fakta pertuduhan, Mohd Zulkifli melakukan kesalahan tersebut
di sebuah rumah sementara penempatan banjir, Kampung Dabong Hilir pada
13 Disember lalu.
Tertuduh melakukan perkara tersebut setelah bertengkar dengan isterinya
yang enggan melihat kepalanya yang gatal pada ketika itu.
Kesan pukulan tersebut menyebabkan Isteri tertuduh mengalami cedera
lebam di mata dan pinggang. Hukuman ke atas tertuduh berkuat kuasa
semalam.
Sementara itu, di mahkamah sama, Muhamad Hafiz Mohamed Yaacob, 26,
dihukum penjara tujuh bulan kerana mengugut ibunya sendiri.
Tertuduh dituduh mengugut ibunya dengan sebilah parang kerana enggan
memberikannya wang di sebuah rumah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT)
Chenulang, 19 November lalu.
No comments:
Post a Comment