Malaysiakini 31/12/15
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengetepikan beberapa soalan yang
berkaitan dengan masalah syraikat pelaburan negara itu, khususnya
berhubung dakwaan dari akhbar The Wall Street Journal (WSJ).
Ini
pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, selepas
majlis menandatangani perjanjian penjualan saham Bandar Malaysia Sdn Bhd
dengan konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings
Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd.
Seorang wartawan meminta Arul Kanda untuk mengulas dakwaan berterusan WSJ terhadap 1MDB.
"Saya minta maaf, kita cakap tentang Bandar Malaysia sahaja. Bagaimanapun, cubaan yang baik," katanya, sambil ketawa.
Sebelum
itu, pengacara majlis mengingatkan wartawan supaya memberi tumpuan
kepada soalan yang berkaitan dengan tawaran perjanjian itu tetapi
beberapa wartawan tetap mengajukan beberapa soalan lain.
Arul
Kanda cekap menepis dengan berkata, pihaknya akan menganjurkan satu lagi
sidang akhbar pada masa akan datang bagi menjawab isu-isu 1MDB
berkenaan.
Selasa lalu, WSJ membongkar kisah terbaru dengan
mendakwa bahawa 1MDB berbelanja tidak sepadan dengan aliran tunai dan
memberi keutamaan kepada perbelanjaan politik seperti yang diarahkan
oleh ahli perniagaan Jho Low.
Aduh …. Sedapnyer Bang !!
ReplyDelete>>> KLIK HERE !! <<<