Thursday, December 31, 2015

Remaja diperkosa ramai-ramai oleh tentera di dalam keretapi

30/12/15
Bejat, tentara India ramai-ramai perkosa remaja di dalam kereta
ilustrasi keretapi ©Independent

 Sekelompok tentaera India dilaporkan memperkosa seorang gadis remaja 14 tahun di dalam sebuah keretapi setelah memaksanya minum alkohol.

Menurut harian the Times of India, gadis itu salah naik gerabak   ketika akan menuju Punjab dengan keretapi Howrah-Amritsar Express Ahad lalu.

Gadis asal Kolkata itu ingin menemui pacarnya di Punjab setelah berkenalan di Facebook, seperti dilansir akhbar the Daily Mail, Rabu(30/12).

Dia lari dari rumah pada Ahad pagi untuk menemui pacarnya di Ludhiana, Punjab.

Dia tiba di stesyen Howrah dan naik keretapi yang berangkat pukul 13.50. Kerana melihat gerabak lain sudah penuh akhirnya dia memilih gerabak yang masih lowong dan ternyata itu adalah gerabak khusus tentera India.

Dalam beberapa jam kemudian di dalam keretapi, seorang tentera menawarkannya minuman beralkohol hingga dia mabuk. Dua tentera lain kemudian memperkosanya ketika dia ke toilet.

Dia kemudian diselamatkan oleh polis  keretapi di stesyen Madhupur di Jharkhand sekitar pukul 20.00.

Keluarga gadis itu ternyata sudah melapor polis dan otoriti  keretapi diberitahu.

Polis  keretapi menemui gadis itu dalam keadaan pingsan setelah keretapi berhenti di stesyen Madhupur. Pekerja sosial mengatakan gadis itu dalam keadaan trauma dan harus segera mendapat  rawatan psikologis.

Polis  keretapi akhirnya menangkap seorang tentera bernama Manjrish Tripathi yang dilaporkan menawarkan gadis itu minuman alkohol.

"Dalam penyiasatan, gadis itu mengatakan dia diperkosa sebanyak enam kali oleh dua tentera," ujar ketua stesyen Madhupur Ariun Tiwari kepada wartawan.

Hasil pemeriksaan perubatan menyatakan gadis itu memang telah diperkosa. Korban dikatakan telah mengidentifikasi dua pemerkosa dari rakaman kamera pengawas. Namun ketika akan ditangkap di stesyen Sultanpur sekitar Isnin siang, dua pelaku itu tidak ditemui.

Tentera yang sudah ditangkap sedang dimintai keterangan dan kelmarin sudah diserahkan ke pengadilan di Howrah.
Merdeka.com

No comments:

Post a Comment