Liong Sik mendakwa Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri telah menyalahguna mahkamah untuk menyamannya.
PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Ling Liong Sik
memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Peguamnya, Ranjit Singh mengesahkan saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.
Ranjit ketika dihubungi FMT berkata, Liong Sik mendakwa Najib sebagai
Perdana Menteri telah menyalahguna mahkamah untuk menyamannya.
“Liong Sik juga menuntut ganti rugi di atas kerosakan,” katanya.
Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun mengesahkan menerima saman itu.
Najib memfailkan saman terhadap Liong Sik pada 27 Oktober lalu kerana mendakwa bekas Menteri Pengangkutan itu memfitnahnya.
Beliau juga memohon perintah injuksi bagi menghalang Liong Sik membuat kenyataan atau menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.
Pada 3 Oktober, Liong Sik memberitahu media, beliau menyokong desakan
Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib berundur kerana Perdana Menteri
menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.
Mahkamah menetapkan 11 Januari untuk pengurusan kes itu.
FMT
No comments:
Post a Comment