SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
hari ini berkongsi sekeping gambar di Facebooknya yang menunjukkan
sehelai tisu dengan nota yang diterimanya, pagi ini.
Melalui kapsyen gambar tersebut Muhyiddin memberitahu nota atas tisu itu diterimanya dari seorang wanita di sebuah kafe.
“Kepada YB Tan Sri Muhyiddin. Terima kasih banyak kerana mempertahankan kami ketika tiada siapa berani melakukannya.
“Kami semua untuk anda dan kami berdoa agar perjuangan anda tidak
sia-sia. Semoga Tuhan memberkati anda dan negara kita,” bunyi mesej dari
Amy itu.
Muhyiddin digugurkan dari Kabinet selepas lantang mengkritik Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB dan derma
RM2.6 bilion.
No comments:
Post a Comment