Friday, December 18, 2015

Media dihalang buat liputan PAC- Arul

 | December 18, 2015
Seorang pegawai PAC mengesahkan sesi prosiding pada Jumaat tidak terbuka untuk liputan media namun dibenarkan menunggu di luar pintu pagar.
arul-kanda_ringgit_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) tidak membenarkan pengamal media memasuki Parlimen untuk membuat liputan siasatan terhadap Presiden syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Wartawan yang tiba di bangunan Parlimen seawal jam 8 pagi bagaimanapun dihalang oleh pengawal pintu masuk Parlimen yang difahamkan menerima arahan untuk tidak membenarkan pihak media memasuki bangunan itu.
Ekoran itu semua wartawan, jurugambar dan jurukamera terpaksa menunggu di luar tanpa maklumat yang tepat apabila prosiding akan berakhir.

Seorang pegawai PAC mengesahkan sesi prosiding pada Jumaat tidak terbuka untuk liputan media namun dibenarkan menunggu di luar pintu pagar.
Wartawan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang berpejabat di bangunan Parlimen juga turut disekat daripada memasuki bangunan itu.

Pada 1 Disember, Arul telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC tetapi beliau telah dipanggil sekali lagi pada Jumaat kerana Pengerusi PAC Hasan Arifin menyatakan sesi prosiding masih belum lengkap.
Dalam laporan awal, Hasan menyatakan Arul telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan bahawa beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Arul.
FMT

No comments:

Post a Comment