Dia dibebaskan selepas membayar RM5,000 bagi empat
telefon bimbit tetapi telefon yang diserahkan kepadanya tidak sama
dengan pilihan asal.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menceritakan pengalamannya dikurung
dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak
dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian empat telefon bimbit di
sebuah kedai di ibu negara.
Dia mendakwa, penjual memaksanya membayar RM10,000 berbanding harga asal yang dipersetujui sebanyak RM800.
Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, pada awalnya, dia
berminat untuk membeli sebanyak empat telefon bimbit berikutan tawaran
menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu.
Utusan Malaysia melaporkan, selepas membuat bayaran, penjual tersebut
enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan dia
memasuki sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang terletak
berdekatan.
“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang
lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya
terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.
“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya.
“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya.
Mengulas lanjut, walaupun enggan meneruskan pembelian, dia dipaksa
untuk membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu ‘dibebaskan’.
Katanya, dia akhirnya membayar RM5,000 bagi empat telefon bimbit
tetapi telefon yang diserahkan kepadanya tidak sama dengan pilihan asal.
Dipres Nasution telah membuat aduan kepada beberapa agensi yang
bertanggungjawab termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, namun dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan
diambil.
Dia kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) sebelum PPIM bertindak melakukan serbuan di
Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi
percaya wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di
kompleks tersebut untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan.
Katanya, selain masyarakat tempatan, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan itu adalah warga asing yang terdiri daripada golongan wanita.
“Dalam serbuan yang dilakukan, kita dapati banyak kedai menjual
telefon bimbit tiruan pada harga mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya
dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan berkenaan
dengan melibatkan tujuh mangsa.
“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi
supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya, lapor
akhbar itu.
Rakaman video serbuan oleh PPIM itu dikongsi di Facebook Friend of Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment