Thursday, December 17, 2015

Lagi sekali Rani Kulop buat laporan polis

 | December 16, 2015
Laporan polis itu dibuat terhadap individu bernama Fazlin Liani kerana memuat naik gambar Najib yang disunting dengan gambar anjing selain turut ditulis kata-kata kesat dalam posting berkenaan.
rani-kulup_600
KUALA LUMPUR: Berang dengan perbuatan seorang pemilik Facebook yang menyunting gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis.

Menurut Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah, laporan polis itu dibuat terhadap individu bernama Fazlin Liani di Balai Polis Daerah Dang Wangi kerana memuat naik gambar Najib yang disunting dengan gambar anjing selain turut ditulis kata-kata kesat dalam posting berkenaan.

“Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu ini yang telah menghina pemimpin nombor satu negara.
“Statusnya amat menghina Perdana Menteri kita dan walaupun dia (Fazlin) tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran negara kita, dia sepatutnya meluahkannya dengan cara lain,” katanya selepas membuat laporan polis.
 Video

No comments:

Post a Comment