Thursday, December 17, 2015

Keranda untuk DAP, penyokong balas 'Mana RM2.6b?'

Malaysiakini 17/12/15
Ibarat drama Cina, kira-kira 10 penunjuk perasaan, yang diketuai oleh bekas pembantu Ahli Parlimen Seputeh, Tan Chee Cheong mengusung sebuah keranda ke pejabat Teresa Kok di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur sambil menyalakan lilin.
Sambil berkemeja-T dengan tertera perkataan 'Jangan Fitnah', mereka menuntut jawapan bahawa Kok ‘mengambil’ RM300,000 yang dimaksudkan sebagai derma untuk parti.
"Jika dia tidak jelaskan (mengenai dakwaan itu), saya akan hantar keranda ini ke rumahnya," kata Tan kepada pemberita.
Ketika sidang media itu, sekumpulan penyokong DAP tiba dan memegang sepanduk di belakangnya yang tertera Mana RM2.6 bilion?'

Sepanduk itu merujuk kepada jumlah wang dipindahkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwanya sebagai derma politik.
Mengulas protes sepanduk itu, Tan, bekas ahli DAP berkata penyokong Kok mempunyai hak untuk mempersoalkan isu berkenaan.
"Tetapi jangan tanya saya, saya bukan jurucakap PM," katanya.
Kok berulang kali menafikan sebarang salah laku dan melahirkan rasa kecewa dengan ketiadaan tindakan polis untuk menghentikan protes keranda itu walaupun laporan dikemukakan mengenainya malam semalam.
"Adakah pihak polis berdiam diri jika mereka melakukannya di luar pejabat ahli parlimen BN?” soalnya.
"Ini menunjukkan BN dalam keadaan terdesak," katanya.

No comments:

Post a Comment