Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.
PETALING JAYA: Tiga keping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar bersarapan di restoran mamak di Muar bersama
rakyat jelata menjadi viral dalam kalangan netizen.
Gambar yang dikongsi dalam laman sosial Facebook Buletin TV3
menyatakan Sultan Johor bersarapan di restoran yang sama selama dua hari
berturut-turut.
“Tanpa sebarang protokol baginda berjalan masuk ke Restoran Ansar lalu duduk memesan roti canai seperti rakyat biasa.
“Baginda berbuat demikian selepas Solat Subuh.
“Sultan Ibrahim turut bersedekah dengan membayar makanan dan minuman
semua pelanggan di situ,” memetik status yang dimuat naik dalam laman
itu.
“Rakyat yang bertemu baginda tidak putus-putus mengucapkan takziah di
atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil serta
mendoakan agar rohnya diletakkan bersama mereka yang beriman.
“Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menziarahi baginda,” sambungnya.
Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.
Seorang pengguna Facebook, Amani Junoh berkata: “Baginda tidak kisah
jadi macam rakyat biasa. Keluar istana tanpa ada pengawal sebab dia tau
dia takde salah degan rakyatnya. Tapi ade orang tu pegi buat haji pun
nak kena keliling dengan pengawal. Walhal di tanah suci tak perlu nak
bawa darjat dunia. Allah pandang semua sama je”.
Tuanku...saya nk dok makan bersama tuanku..boleh? Saya belanja.
ReplyDeleteTuanku...saya nk dok makan bersama tuanku..boleh? Saya belanja.
ReplyDelete