Sinar harian
SHAH ALAM – Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan
Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, semua Adun di negeri
itu layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar
Kedah.
Tajul Urus berkata, walaupun beliau mengakui pendidikan itu penting,
namun prestasi seseorang wakil rakyat itu tidak wajar diketepikan hanya
semata-mata kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.
“Yang PhD (Doktor Falsafah) pun tak tentu boleh melaksanakan (tugas)
dengan baik. Orang politk yang sudah melalui banyak pengalaman, yang
sudah melalui naik turun mungkin paling baik.
“Kesetian kepada parti dan pucuk pimpinan ada faktor utama,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas laporan media perdana hari ini mengenai perkembangan
terkini kemelut politik Kedah apabila menyenaraikan tiga nama Exco Kedah
yang disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Datuk
Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah baharu.
Tiga nama tersebut ialah Exco Jawatankuasa Industi dan Pelaburan,
Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku
Rahman Ku Ismail; Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan
Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid dan Exco Pendidikan,
Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Tajul Urus Mat Zain.
Mereka masing-masing Ku Rahman, Adun Guar Chempedak, Adun Ayer Hangat
(Mohd Rawi) dan Adun Tanjong Dawai (Tajul Urus) itu dikatakan paling
layak dipertimbangkan berdasarkan kepada pengalaman serta latar
belakang pendidikan, sekaligus dapat meredakan kemarahan rakyat Kedah.
Ketiga-tiga calon tersebut layak disenaraikan sekiranya Timbalan
Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah
berhadapan dengan ‘halangan’ untuk menggantikan Mukhriz.
Menurut laporan media perdana itu juga, Ku Rahman mempunyai ijazah
kedoktoran dari sebuah universiti di luar negara dikatakan layak
memandangkan pengalamannya sebagai ‘orang lama’ dalam politik di Kedah.
Tajul Urus pula dilihat mampu meredakan kemarahan penyokong Mukhriz
memandangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia
(USM) yang dilihat mampu meneruskan agenda Mukhriz untuk memajukan
bidang pendidikan di Kedah.
Manakala Mohd. Rawi yang merupakan anak jati Langkawi pula, dianggap
pemimpin paling dekat dengan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan ulama
dan pelajar institusi pondok susulan beliau berkelulusan dari
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Bagaimanapun ketiga-tiga nama itu masih di peringkat pertimbangan dan
segalanya terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk membuat keputusan.
Melambangkan status Malaysia. Takder orang lain lagi ke?
ReplyDeleteApa kelulusan Pengerusi TH dan siapa yang mencadang kan thamby ini menduduki kerusi tersebut sehingga TH menjadi haru biru dimana dividen tahun 2016 pun belum di umum kan lagi. Mungkin kah ini kerana kelulusan tidak di ambil asal pandai bercakap dan mengampu. Setahu aku bahawa mereka yang suka mengampu itu tak pandai buat kerja.
ReplyDeleteHoi thambi TH tu graduate dr UK bro.....
ReplyDeleteUK? Ulu Klang atau Ulu Kangkang Charman TH tu??
ReplyDeletePatut la mcm TDM cakap.. UMNO's full of dimwit @ fools. Setia vavi buta. Big boss kaki songlap, macai2 makan dedak. Elok la tuu