26 Januari 2016
BRYANSK – Malang benar nasib wanita cantik
ini. Dia terpaksa menjalani hidup di balik jeriji besi usai tertangkap mengedarkan dadah kepada polis yang menyamar.
Anastasia Kravtsova ketahuan mengedarkan paket berisi amfetamin
seberat setengah kilogram. Wanita 24 tahun itu tertangkap dalam
operasi yang dilakukan polis di Bryansk, Rusia.
Dilaporkan Mirror, Selasa (26/1/2016), pemenang Miss University
di Bryansk itu mengaku diminta pacarnya Andrey Sagandykov untuk
menghantarkan paket tersebut. Menurut keterangan Kravtsova, dirinya
terpaksa memenuhi permintaan sang pacar kerana Sagandykov –yang
seharusnya menghantar paket- sedang ada urusan.
Ternyata lelaki 26 tahun itu adalah mantan anggota pasukan khas
Rusia. Namun, dia tergiur dengan jumlah wang yang dihasilkan melalui perniagaan ubat-ubatan terlarang itu. Sagandykov mengakui dirinya meminta
sang kekasih mengirimkan paket itu dan akan membayarnya jika barang
sudah dikirim.
Di mahkamah Sagandykov menolak untuk bertanggung jawab terhadap
perbuatan sang kekasih. Dia berdalih Kravtsova menjadi pengedar kerana
keinginannya sendiri. Hakim yang tidak percaya menjatuhkan hukuman 10
tahun penjara kepadanya. Kravtsova sendiri dijatuhi hukuman empat tahun
penjara oleh hakim.
Anastasia Kravtsova diketahui pernah memenangi pertandingan Miss Bikini pada 2012. Dia juga menjadi runner up dalam pertandingan kecantikan Miss Bryansk pada 2013.
Okezone.com
No comments:
Post a Comment