Jika TPPA baik, mengapa 60 negara yang dijemput sertai perjanjian itu, hanya 12 negara sahaja yang setuju termasuk Malaysia.
KUALA LUMPUR: PERKASA mula curiga dengan TPPA apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barrack
Obama bermain golf bersama-sama di Hawaii dua tahun lalu.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, rasa curiga itu makin
bertambah apabila Obama datang lagi ke Malaysia baru-baru ini ini, untuk
kali kedua.
“Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan
“Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh kerugian.
“Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara
menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal,” katanya di
PAdang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, mustahil
untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di
Dewan Rakyat.
‘Harapan kita sangat tipis kecuali Najib mahu bertaubat esok,” katanya.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment