Setiap kali kita mempersoal mengenai sesuatu isu nasional yang besar, kita sering dikelirukan dengan jawapan yang berbeza-beza.
COMMENT
Selepas
duduk diam-diam selama beberapa lama, selepas individu daripada pihak
pembangkang, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti poltik, orang
perseorangan bertanya gerangan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard
Riot Jaem, beliau akhirnya tampil dengan kenyataan mengenai isu 1.5 juta
pekerja Bangladesh.
Walaupun kenyataan yang diberikan itu mengejutkan pelbagai pihak, tetapi bukan bagi orang dalam lingkaran media seperti saya.
Kita bukan tidak biasa menerima pelbagai jawapan untuk satu soalan.
Sebagai rakyat yang bertamadun dan maju, kita kekal dengan soalan yang
sama, malangnya setiap kali satu isu dipersoal, satu soalan itu dijawab
dengan pelbagai jawapan ikut tempoh masa dan suka hati pemimpin.
Seolah-olah jawapan itu tidak berkesudahan, ada sahaja yang ditokok
tambah dan diubah.
Sejak 25 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dilaporkan berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh
akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi
memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.
Tetapi seolah-olah meletakkan seorang pemimpin kanan dalam situasi
serba salah dan kenyataan yang dikeluarkannya itu tidak benar, Richard
Riot pula memberikan fakta yang bertentangan.
Agak mustahil jika kata-kata yang diputuskan Ahmad Zahid itu silap
(salah) kerana beliaulah pemimpin yang sejak awal bertanggungjawab
memberi kenyataan tentang 1.5 juta pekerja dari Bangladesh melalui
polisi kerajaan G2G Plus (Kerajaan kepada kerajaan). Maka siapa yang
melencong (kelentong) sekarang?
Sebagai rakyat murba (marhaen), saya mahu tahu di mana silap dan yang mana benarnya.
Malah menurut laporan salah satu suara rasmi kerajaan, akhbar Utusan
Malaysia, pada 9 Februari yang lalu, kerajaan Bangladesh sudahpun
meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran
sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.. Bangladesh lulus MoU hantar 1.5 juta pekerja ke Malaysia
“Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shafiul Alam berkata,
keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina,” petik laporan itu.
Turut dilapor, Mohammad juga berkata sekiranya MoU itu dimeterai,
pihak majikan perlu menanggung kos antara 34,000 taka (RM1,808) hingga
37,000 taka (RM1,968) bagi setiap pekerja warga Bangladesh yang dibawa
masuk ke Malaysia.
Manakala akhbar-akhbar tempatan Bangladesh pada 18 Feb meraikan
laporan kedua-dua negara sudah menandatangani perjanjian itu secara
rasmi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Menteri
Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Nurul Islam.
Ingat, laporan sama juga menyatakan Richard berkata bahawa jumlah
keseluruhan pekerja asing berdaftar di negara ini sehingga Disember
tahun lalu adalah sebanyak 2,135,035 dengan nisbah jumlah pekerja asing
tanpa izin (PATI) adalah lapan orang bagi setiap 10 pekerja asing
berdaftar.
Tetapi hari ini, pagi tadi, akhbar media perdana juga melaporkan
angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang disebut-sebut sebelum ini
sebenarnya adalah jumlah tenaga kerja negara itu yang berdaftar dengan
Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh
untuk dihantar ke 139 negara seluruh dunia.
Pada waktu yang sama, Zahid Hamidi pula mengeluarkan kenyataan
menyatakan pengambilan pekerja Bangladesh diberhentikan serta-mata.
Esok, lusa entah apa lagi kenyataan baharu yang akan dikeluarkan oleh
Ahmad Zahid mahupun Richard Riot ataupun menteri lain seperti Datuk
Seri Azalina Othman Said atau Khairy Jamaluddin.
Semua buat KOMEDI...
ReplyDeleteSemua buat KOMEDI...
ReplyDelete