Malaysiakini 19/2/16
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
mengundang amaran keras daripada pihak polis berikutan gesaaannya supaya
satu perhimpunan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Ketika memberi amaran itu, Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan Zaid bahawa beliau adalah seorang
peguam dan harus sedar apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang.
"Biar
saya beri amaran kepada beliau sebagai seorang peguam, beliau perlu
tahu cara yang sah mengikut undang-undang untuk menukar perdana menteri
sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan (persekutuan).
"Jika
beliau sudah lupa, biarlah saya ingatkannya bahawa caranya adalah sama
ada melalui pilihan raya umum atau undi tidak percaya di Parlimen.
Selain itu, tindakan lain adalah menyalahi undang-undang," katanya
kepada Malaysiakini.
Khalid berkata bekas menteri Umno
itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang beliau meneruskan
rancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada 27 Mac depan.
Beliau
mengulas gesaan Zaid supaya rakyat menghadiri perhimpunan itu dan
berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen secara
lantang menentang Najib.
Dalam tulisannya di blog, Zaid berkata
keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan sudah
terlalu lama rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan
oleh Najib.
Beliau juga menuduh Najib melumpuhkan institusi awam
dengan melantik hanya ‘pak turut’ menganggotai badan-badan seperti
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Menteri dan pegawai
tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka
fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari
bahawa ini amat merosakkan negara.
"Kita tidak boleh membenarkan
keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama
mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.
No comments:
Post a Comment