Thursday, February 4, 2016

Bashah terguris hati, terasa dihina

FMT | February 4, 2016
Beliau menasihatkan pihak yang sengaja merakam gambarnya supaya tidak melampaui batas dan sentiasa ingat kematian.
ahamd-bashah_sumpah_600
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengaku amat terguris hati apabila gambar seolah-olah beliau tertidur pada Majlis Angkat Sumpah pagi tadi, sekali lagi menjadi viral di media sosial.

Katanya, tindakan pihak tertentu yang merakam gambar itu tidak sepatutnya berlaku.
“Saya cukup terguris, mereka tak patut hina orang sampai macam itu. Kita kena ingat satu hari nanti kita akan menghadap (Tuhan) sama-sama.
“Tetapi jangan hina, fokus sampai macam itu. Kalau diupah pun jangan hina sampai macam itu,” katanya dalam satu sidang media di Istana Anak Bukit hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata beliau tidak akan melayan sebarang tindakan yang disifatkan sebagai serangan peribadi selepas ini.

Katanya, beliau mahu memastikan tanggungjawab memikul dan melaksanakan peranan sebagai Menteri Besar dapat dilaksanakan dengan baik.
“Saya tak kisah serangan peribadi, tapi tugas saya akan laksanakan. Mungkin lama kelamaan saya tak respon serangan peribadi, kerana itu adalah mainan politik, mana-mana ada.
“Sebagai orang politik dah lama ini saya tak ambil kisah, yang penting nak bawa perubahan negeri Kedah dengan sookongan daripada pegawai-pegawai dan peringkat negeri dan Persekutuan yang yakin dengan perubahan di Kedah,” tegasnya.

Mengulas tahap pendidikan beliau yang dipersendakan, Ahmad Bashah berkata, beliau tidak kisah kerana yakin dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya tak kisah kerana kepercayaan telah diberikan oleh Perdana Menteri berdasarkan pengalaman saya. Saya akan jalankan tugas dengan amanah.

“Apa saya perlu buat, ada dua iaitu saya nak kembalikan kita dalam satu pasukan dan lihat pembangunan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, modal insan,” katanya.

2 comments:

  1. Kesian pegawai-pegawai, datok-datok, tuan-tuan dan puan-puan yang ada gelaran dan kelulusan, ada pangkat dan ada jawatan, kena ikut perintah orang tak ada ijazah!!! Dunia-dunia!!!

    ReplyDelete
  2. ini sebab kenapa sijil penting...sebab ia adalah simbol kemampuan mentaliti dan keupayaan emosi. baru disakat dah merajuk ..ini ke pemimpin...kahkahkah

    ReplyDelete