Isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini
adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia beri kesan
kepada BN di PRN Sarawak.
PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan pengambilan warga Bangladesh hanyalah taktik sementara.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia cuma
taktik sementara bagi mengelakkan isu berkenaan daripada menjadi isu
utama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang
merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan
kepada Barisan Nasional (BN) di PRN Sarawak,” ujarnya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Jelas Tuan Ibrahim, jika pengambilan warga asing diteruskan, ia akan
menjejaskan serta menyebabkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan
Satem tersepit sekiranya menyokong pengambilan pekerja dari Bangladesh.
“Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri
Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa
sebegitu banyak warga asing ke negara ini.
“Ia tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup,
mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana
pertambahan warga asing yang begitu mendadak sejak beberapa tahun
kebelakangan ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing
termasuk dari Bangladesh.
Pengumuman itu sehari selepas kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Bangladesh.
Bagaimanapun, media Bangladesh melaporkan Kerajaan Malaysia membuat
pengumuman membekukan pengambilan pekerja asing itu hanya untuk
menenangkan rakyat yang menentang pengambilan pekerja asing.
Dhaka Tribune menyatakan Kerajaan Malaysia masih akan mengambil
pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam MoU yang
ditandatangani pada 18 Feb lalu.
No comments:
Post a Comment