21/2/16
Pengusaha asal China, William Yan
menjadi sensasi di Kasino Sky City, Ibu Kota Auckland, New Zealand.
Kurang dari 24 jam ikut berjudi di kelas VIP, dia sudah kehilangan USD
300 juta Salah seorang saksi , seperti diungkap
dalam dokumen mahkamah, melihat sendiri bagaimana lelaki itu begitu
enteng merelakan USD 5 juta pergi kepada permainan kad poker, hanya
dalam waktu 82 minit.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Ahad (21/2), nasib Yan
bertambah malang kerana hartanya disiasat pihak keselamatan. Polis New Zealand curiga sang pengusaha ini mencuci wang haram melalui meja judi.
"Sosoknya sangat mencolok dan menjadi perhatian otoriti keselamatan ," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri New Zealand.
Yan adalah warga China yang memiliki visa tinggal kekal di New Zealand
sejak 2001. Polis mendapat informasi yang Yan adalah
mantan dirut perusahaan farmasi di China yang dipercayai menggelapkan dana
senilai USD 129 juta.
Melalui peguamnya, Yan membantah tuduhan sedang melakukan
pencucian wang. Dia mendakwa semua hartanya yang amblas di meja judi
didapatkan secara sah.
Polis New Zealand sementara ini menyita aset-aset Yan yang
mencurigakan, termasuk sebuah apartemen mewah di pusat Kota Auckland.
Penyiasatan kes Yan sampai sekarang masih berlangsung. Sidang khabarnya
akan diteruskan dalam waktu terdekat untuk membuktikan apakah Yan melanggar undang-undang.
Sumber:Merdeka.com
No comments:
Post a Comment