SHAH ALAM – Kesalahan diletakkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad sekiranya Wawasan 2020 yang dicetuskan ketika zaman
pemerintahannya itu gagal dicapai.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa, Tun Mahathir
lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih
pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.
“Adalah ironi Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri.
Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau
perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan
pemimpin politik,” katanya pada majlis memperingati ulang tahun ke-113
Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman semalam, lapor
Astro Awani.
Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Mahathir ketika membentangkan Rancangan
Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia
sebuah negara maju.
Namun, menurut Musa rekod kepimpinan Tun Mahathir mempamerkan bekas
perdana menteri itu telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi dan
hanya mengekalkan pengikut setia.
"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas.
“Prinsip itu mudah sahaja...mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup',” katanya.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said
Keruak dalam blognya berkata Wawasan 2020 mustahil untuk dicapai kerana
Tun Mahathir gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan
idea itu.
No comments:
Post a Comment