PKR Kedah
membuat keputusan untuk menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal
sebagai menteri besar, mengatakan perubahan kepimpinan pada ketika
keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada rakyat.
Keputusan ini
dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro politik pagi ini di
Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak berapa lama
sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.
"PKR membuat
keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut ini dimulakan Datuk Seri
Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi kepentingan politiknya.
"Kami menentang
menteri besar ditukar pada waktu ini kerana ia bukanlah untuk kebaikan
rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita lalui," kata
Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan WhatsApp kepada
The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen
Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung kemelut menteri
besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Krisis menteri
besar Kedah sudah berlarutan sejak lebih seminggu lalu, sejak Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah mengadakan sidang media pada 20 Januari menggesa Mukhriz
disingkirkan.
Dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail mengatakan partinya menyokong pentadbiran Mukhriz di
Kedah.
Katanya, PKR
menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar
yang dapat kepercayaan majoriti Adun dan sebarang keputusan untuk
menyingkirkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri
mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.
"Dalam kes
negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk
menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar selain daripada
politik persaingan dalaman Umno.
"Atas alasan
tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran
yang sedia ada," kata Dr Wan Azizah yang juga merupakan ketua
pembangkang.
No comments:
Post a Comment