10/2/16
Lelaki 33 tahun asal Brazil berjaya bangkit
dari kubur seperti tokoh utama film Kill Bill. Lelaki ini menjadi mangsa keganasan oleh anggota geng di pinggiran Kota Rio de Janeiro
akhir minggu lalu.
Lelaki ini dikenali dengan nama VSFM ini diperlakukan habis-habisan,
lantas pada Sabtu malam diseret ke kubur Daerah Caju, kota Campos
dos Goytacazes. Mangsa dikubur hidup-hidup ke lubang sedalam 1.5 meter
dengan kondisi cedera teruk hampir kehabisan darah.
The Sun melaporkan, Rabu (10/2), beruntung dia selamat
keesokan harinya. Seorang penziarah terkejut melihat ada makam berlumuran
darah dan seperti rosak kerana baru digali.
Penziarah ini melapor kepada petugas pemakaman dan polis tentang
situasi makam yang aneh itu. Polis curiga telah terjadi penganiyaan,
dan berinsiatif menggali makam. Beruntung, di dalam peti mati VSFM
ternyata masih hidup.
Korban penguburan hidup-hidup itu segera dibawa ke Rumah Sakit Ferrera
Machado, dan kini menjalani program perlindungan saksi. Belum jelas,
kes apa yang membuatnya diajar betul2 oleh para gangster. Dilihat dari
lukanya, dia sudah diincar dan disasarkan untuk dibunuh.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment