Meskipun penyokong Helang Merah diberikan 10,000
tiket percuma, peminat bola sepak negeri itu masih memprotes
penyingkiran Mukhriz.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Perlawanan persaingan Liga Super antara Kedah
menentang Terengganu di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi,
digamatkan dengan nyanyian lagu `Kami Nak Najib Undur’ oleh penyokong
Kedah.
Aksi mereka yang menyanyikan lagu itu dapat dilihat menerusi sebuah rakaman video yang menjadi viral di media sosial.
Visual itu turut dikongsi di laman Facebook chedet.cc dan ditonton
lebih 100,000 kali dan mendapat 1,500 perkongsian ketika artikel ini
ditulis.
Pengendali laman sosial itu mendakwa, walaupun pada perlawanan itu
penyokong Helang Merah diberikan sebanyak 10,000 tiket percuma oleh
kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah, namun peminat bola sepak negeri itu masih lagi
memprotes penyingkiran bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan iringan lagu
mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.
Sebuah
laman portal melaporkan antara sebab lain yang menjadi punca lagu itu
dinyanyikan ekoran terdapat gambar Ahmad Bashah pada tiket percuma yang
diberi.
Bagaimanapun, tiket yang mempunyai imej Ahmad Bashah itu dikatakan palsu dan telah diubah suai.
Dalam perlawanan tersebut pasukan Helang Merah berjaya menewaskan
Skuad Penyu itu dengan gol 1-0 hasil jaringan Carlos Kahe pada minit
ke-41.
No comments:
Post a Comment