Tuesday, February 23, 2016

LGE bermuka dua kerana pecat pembangkang, kata pendebat ulung Asia


 FMT| February 22, 2016

Guan Eng akan akhirnya menyerupai musuhnya sekiranya beliau berterusan mencantas perbezaan pendapat

Syed-Saddiq-Syed-Abdul-Rahman,lim-guan-engPETALING JAYA: Lim Guan Eng dituduh “bermuka dua” kerana memecat dua wakil rakyat PKR Pulau Pinang daripada jawatan mereka di syarikat milik kerajaan negeri semata-mata berbeza pendirian.

Pendebat ulung Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam muatnaik di Facebook hari ini berkata tindakan menyingkir mereka yang dianggapnya sebagai penentang menjadikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tiada beza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kamu mendakwa mewakili kepelbagaian pandangan, namun kamu menuduh mereka yang berbeza pendapat sebagai tikam belakang dan pengkhianat.

“Kamu mendakwa menghormati nurani insan, kebebasan seseorang itu membuat pilihan, tetapi kamu hukum mereka yang mengundi berdasarkan nurani masing-masing.

“Kamu memperlekehkan UMNO dan BN kerana tidak bertolak-ansur dengan suara penentangan, bagaimanapun perkumpulan kecil pembangkang kamu hukum dan sekat secara tidak adil,” katanya.

Beliau mempertikaikan pemecatan wakil rakyat Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan wakil rakyat Bukit Tengah, Ong Chin Wen daripada Penang Hill Corporation, InvestPenang dan Island Golf Properties Bhd, anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Penang Development Corporation.

Dua Adun itu, ujarnya, sekadar berkecuali dalam pengundian usul tebus guna tanah, yang pada Syed boleh mengakibatkan kesan sosial dan alam sekitar yang tidak terduga.
“Apakah salah untuk mengenepikan soal keuntungan sekali ini? Sekiranya ini berterusan, kamu menyerupai musuh yang kamu mahu tewaskan.

“Memalukan apabila seorang yang memimpin sebuah parti demokratik mengambil jalan yang tidak demokratik untuk membungkam bangkangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment