16/2/16
Selepas hampir setahun ‘menyerang’ kepimpinan Datuk Seri Najib Razak - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hari ini bahawa tidak akan menyerah kalah dalam usahanya menumbangkan perdana menteri.
"Saya berpegang
apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi. Ia
sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau tidak," kata perdana
menteri paling lama berkhidmat di negara ini selama 22 tahun itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif 'My New Proton’ di Shah Alam hari ini.
Mengulas
soalan bahawa usahanya yang dimulakan sejak April tahun lalu hampir
pudar untuk menggulingkan Najib daripada jawatan, Mahathir berkata
bahawa undang-undang negara tidak dilaksanakan dengan betul dan adil.
"Undang-undang
sedia ada tidak dilaksanakan dengan betul. Undang-undang baru kemudian
digubal untuk tujuan menangkap dan membicarakan orang.
"Saya tahu
semasa zaman saya ada ISA tetapi saya tidak gunakannya untuk menangkap
orang yang kritik saya. Hanya apabila mereka melakukan sesuatu kepada
negara."
Mahathir juga berkata bahawa mengkritik kerajaan adalah sebahagian daripada demokrasi.
'Kerana seorang lelaki'
"Jika
kita kritik kerajaan sekarang, kita akan ditahan, disoal dan
dibicarakan. Jika tidak boleh kritik, maka di manakah demokrasi?
"Undang-undang
yang digunakan berbeza bergantung kepada siapa diri anda. Jadi
seseorang mesti mengatakan sesuatu. Saya katakan kerana saya mahu negara
ini yang mempunyai reputasi yang baik."
Menurut Mahthir, beliau tidak pernah menyarankan penggunaan kekerasan atau keganasan dalam menuntut perubahan dalam kepimpinan.
"Hari
ini reputasi negara adalah teruk.
Orang tanya kepada saya apa yang
telah berlaku kepada negara awak? Ia adalah memalukan. Semua kerana
kepimpinan seorang lelaki.
"Jika kita membuat kesilapan, kita perlu mengubah dengan cara yang aman. Saya tidak sokong keganasan.
“Tetapi
apabila saya bersuara, saya diganggu dengan ugutan penangkapan,"
katanya, merujuk kepada gesaan pemimpin Umno tertentu bahawa tulisannya
di blog berunsur hasutan.
Ditanya apa langkah seterusnya akan, Mahathir berkata masalah yang melanda negara adalah kepimpinan Najib.
"Saya masih tekankan perlunya Najib berundur," katanya.
No comments:
Post a Comment