Majlis Tertinggi UMNO tidak mematuhi peraturan parti
itu termasuk menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
Presiden.
PETALING JAYA : Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk
Khairuddin Abu Hassan dijangka membuat laporan kepada Pendaftar
Pertubuhan (RoS) pada 1 Mac ini atas dakwaan bahawa Majlis Tertinggi
(MT) UMNO tidak mematuhi peraturan parti itu termasuk menggantung Tan
Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
“Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa sebarang surat tunjuk
sebab dan tidak dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti untuk
Muhyiddin membela dirinya.
“Dulu saya dibuang dari jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan
pun tak pernah dimaklumkan dengan sebarang surat tunjuk sebab dan tidak
pernah dipanggil ke ibu pejabat UMNO untuk disoal siasat terlebih
dahulu
.
“Begitu juga dengan Datuk Hamidah (Osman) yakni Ketua UMNO Bahagian
Gopeng pun sama juga dipecat tanpa sebarang tunjuk sebab dihantar pada
beliau,” katanya menerusi status di Facebooknya.
Khairuddin berkata, UMNO kini tidak lagi menghormati keputusan
pemilihan yang dibuat oleh perwakilan yang terdiri daripada ahli-ahli
parti itu.
“Jawatan saya dulu pun menang melalui pemilihan oleh ahli-ahli UMNO
di bahagian Batu Kawan. Begitu juga dengan Datuk Hamidah di bahagian
Gopeng pun menang melalui pemilihan juga,” tegasnya.
Beliau turut mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan
ahli-ahli MT UMNO agar menganjurkan pemilihan parti dalam masa segera.
“Jangan tunda sehingga tahun 2018. Kita tengok apa akan jadi pada
kalangan kaki-kaki bodek minda lemah otak udang di dalam Majlis Kerja
Tertinggi UMNO ini,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment