Muhyiddin tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
KUALA
LUMPUR: Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu
dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan
Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan
akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi
kepentingan rakyat dan negara.
“Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi
mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja
sekarang ini.
“Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan,
ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa
sahaja.
“Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan
peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke
seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan
salah yang Najib lakukan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO
telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini
kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.
“Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa
keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang
kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.
“Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin
tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas,
tetapi seorang penjahat,” ujarnya kepada FMT.
Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan
penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat
mereka.
“Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment