26/2/16
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui
bahawa beliau akan menghadiri perhimpunan pada 27 Mac ini yang mahu
menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak
mempunyai pilihan lain.
Katanya, pilihan lain bagi menyuarakan
bantahan terhadap kerajaan sudah disekat dan ini memaksanya menyertai
perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi
perdana menteri.
"Perkara sudah ubah. Dulu, kita ada forum untuk
suarakan bantahan kepada kerajaan. Sekarang dah tak ada. Perhimpunan
juga tak dibenarkan.
"Sekarang, rakyat juga dihalang bermesyuarat
walaupun di dalam bilik. Sebelum ini, boleh. Tapi sekarang tak boleh.
Rakyat tak boleh cakap apa-apa langsung sekarang, kena dengar kerajaan
saja,” katanya.
Perhimpunan 27 Mac ini adalah anjuran Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memaklumkan bahawa ia
adalah acara tertutup.
Beliau juga berkata selain parti-parti
politik daripada pelbagai pihak, badan bukan kerajaan serta beberapa
individu akan dijemput dengan Dr Mahathir sebagai tetamu utama.
Mengulas
lanjut, bekas perdana menteri itu juga menyatakan kesudiannya untuk
berucap bagi menerangkan masalah yang melanda rakyat dan negara ketika
ini.
"Jika mereka mahu saya ucap, ya, saya akan cakap," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di KLCC di Kuala Lumpur
Malaysiakini.
Fahaman demokrasi Dr.M macam mana yer? bukankah tukar kerajaan melalui pilihanraya 5 tahun sekali.Bila orang menang tunggu lah cukup 5 tahun, kempen untuk tumbangkan Najib dan BN. Bukan tengah jalan buat kacau. Taraf pemahaman demokrasi pembangkang standard dunia ke3 seperti di Afrika betul tak.Kalau macam ni tak payah cakap demokrasi. Apala DNA dari Asia Selatan merapu.
ReplyDeleteFahaman demokrasi Dr.M macam mana yer? bukankah tukar kerajaan melalui pilihanraya 5 tahun sekali.Bila orang menang tunggu lah cukup 5 tahun, kempen untuk tumbangkan Najib dan BN. Bukan tengah jalan buat kacau. Taraf pemahaman demokrasi pembangkang standard dunia ke3 seperti di Afrika betul tak.Kalau macam ni tak payah cakap demokrasi. Apala DNA dari Asia Selatan merapu.
ReplyDelete