Wednesday, April 27, 2016

AMK mohon maaf pertindihan kerusi PKR, DAP

PRN Sarawak
Grafik Sinar Online
SHAH ALAM - ‎Angkatan Muda Keadilan (AMK) memohon maaf kepada rakyat atas pertindihan kerusi antara parti itu dan DAP sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK, ‎Fahmi Zainol‎ berkata, kedua parti itu perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku demi kelangsungan nilai-nilai kebenaran dan keadilan dalam parti masing-masing.

"Sebagai anak muda, saya dan rakan-rakan lain sudah sehabis baik lontarkan idea agar tiada pertembungan kerusi sesama rakan dalam Pakatan Harapan di Sarawak.
"Saya juga mengharapkan kelompangan ini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fahmi dalam pada itu turut memberi jaminan dalam memastikan perkara sama tidak berulang.
"Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai segala apa yang berlaku.

"Buat rakyat, Sarawak saya menyeru untuk turun mengundi pada hari mengundi nanti. Pilihlah pemimpin sentiasa bersama rakyat," katanya lagi.

1 comment:

  1. The Referral Project Review

    With high profit potential, low entry deposits, the binary options industry has been boosted to the extent that speculators now actively seek binary trading options methods to help maximize their profits farther. An increase in the amount of various binary options trading strategies is aptly reflected from the popularity of binary options trading within the recent months.

    http://centumentltdreview.com/the-referral-project-review/

    ReplyDelete