Pemimpin DAP itu berkata makin sukar untuk perikatan
Pembangkang menafikan majoriti 2/3 BN memandangkan pertelingkahan antara
mereka
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini, pemimpin kanan
DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa sedih apabila menyaksikan PKR tidak
mahu mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dengan DAP.
Terdahulu, anaknya Lim Guan Eng mengatakan DAP berasa telah ditipu PKR. Kini, Kit Siang berkata tidak pernah berasa sesedih ini.
“Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari
ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan
yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah
mengalami halangan yang besar.
“Malang sekali pimpinan PKR tidak boleh berpegang kepada persetujuan yang telah diikrarkan oleh kedua belah pihak.”
Kegagalan rundingan antara DAP dan PKR menyaksikan dua parti rakan
itu bertembung di enam kerusi iaitu Mulu, Mambong, Murum, Simanggang,
Ngemah dan Batu Kitang.
Meskipun Kit Siang enggan menjawab soalan bagaimana kedua parti itu
merancang untuk mengenepikan perbalahan ini dan bekerjasama dalam
pilihan raya, ahli politik veteran itu berkata semua yang berlaku bukan
salah DAP.
“Semalam, seorang pemimpin PKR meminta DAP kembali ke meja rundingan.
Saya tahu DAP tidak pernah meninggalkan meja rundingan itu. Kita telah
capai suatu persetujuan, dan persetujuan itu telah ditandatangani dan
persetujuan itu sepatutnya menjadi sandaran kepada PH dalam pilihan raya
Sarawak ini.
“Tumpuan adalah pada BN, bukan PKR. Di kesemua enam kerusi (yang
menjadi pertikaian) itu, saya nasihatkan semua ahli DAP supaya tumpu
pada BN dan jangan ganggu PKR.
“Biar rakyat tentukan siapa betul, siapa salah. Samada PH boleh
kembali seperti biasa atau tidak…kita akan tangani perkara itu selepas 7
Mei,” kata Kit Siang.
Beliau mengakui bahawa pertelingkahan secara terbuka telah
menjejaskan pakatan itu dan DAP perlu bekerja lebih keras untuk
mendapatkan semula kepercayaan pengundi.
“Saya yakin orang ramai berasa kecewa kerana mereka nampak pasukan
yang bersatu dan padu ini, yang boleh mempertanggungjawabkan pemerintah
BN, telah mengalami halangan.
“Menafikan majoriti dua pertiga merupakan sasaran yang wajar walaupun
pada ketika ini saya percaya ia tidak mudah dicapai memandangkan apa
yang telah berlaku (antara kedua parti).”
Bagaimanapun, beliau berharap PH akan mampu mengetengahkan barisan yang bersatu padu
No comments:
Post a Comment