25 April 2016
(Foto: Yem Senok/Facebook)
SIEM REAP – Seekor gajah yang sedang membawa
dua orang pelancung tiba-tiba terjatuh. Tidak lama kemudian, gajah betina
itu mengembuskan nafas terakhirnya.
Insiden tersebut terjadi di Pergunungan Bakheng, Siem Reap, Kamboja
pada Jumat 22 April 2016. Gajah berusia sekira 40 tahun itu sebelumnya
telah berjalan selama 40 minit untuk menghantarkan dua pelancung ke destinasi pelancungan Angkor Watt di tengah cuaca panas.
“Setelah doktor hewan kami melakukan pemeriksaan, kami berkesimpulan
gajah itu mati kerana terkena serangan jantung kerana temperatur yang
tinggi dan kurangnya angin,” tutur jurucakap Angkor Elephant, dilansir
The Star, 25/4/2016 .
Temperatur di wilayah Siem Reap diketahui mencapai 40 darjah Celsius
pada Jumaat lalu. Foto kematian gajah yang telah bekerja sejak 2001 itu
disebar di Facebook oleh Yem Senok. Foto menyedihkan itu dibahagikan oleh
sekira 8,000 pengguna.
Akibatnya, muncul petisyen di change.org yang meminta
penghentian penggunaan gajah untuk mengantar pelancung di Angkor Wat. Petisyen
tersebut hingga saat ini telah ditandatangani oleh sekira 12 ribu
orang. Menurut aktivis konservasi lingkungan Jack Highwood, masih ada
sedikitnya 13 ekor gajah yang bekerja di Angkor Elephant Company sebagai
penghantar pelancung.
No comments:
Post a Comment