24/4/16
Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif
Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan
dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.
Pengerusi
PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi
ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, tanpa gelaran lain.
"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.
Portal AMANAH, Malaysia Dateline
semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada
Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga
mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.
Menurut laporan Harian Metro
pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf
Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan
oleh Sultan Mizan.
Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan
Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan
majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.
Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.
No comments:
Post a Comment