Sinar Harian
PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan beliau akan membeli kelab Serie A
Itali, AC Milan seperti dilaporkan.
Malah menurutnya meskipun ada hasrat itu namun beliau tidak mampu dari segi kewangan.
"Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya
seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja,"
katanya melalui Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Sebelum ini, Tunku Ismail dalam temu ramah eksklusifnya bersama The
Straits Times berkata, terdapat rancangan untuk membeli kelab tersebut.
Menyentuh soal kenyataannya kepada akhbar Singapura itu, Tengku Mahkota
Johor ini berkata, beliau memang mempunyai keinginan itu namun ia hanya
satu impian.
"Baru-baru ini saya telah ditemu ramah oleh The Straits Times mengenai
pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum.
Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab
luar negara.
"Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu
memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian
saya.
Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab
yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja," katanya.
Malah katanya, JDT hari ini masih tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain.
"Apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya.
"Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar," katanya.
No comments:
Post a Comment