DAMANSARA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
mengingatkan Umno Kedah untuk bersiap sedia bagi menyerahkan kepimpinan
kepada Pas selepas ini.
Menurut Mukhriz, kerjasama antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi
merupakan satu amaran bagi menyerahkan pimpinan negeri berkenaan
memandangkan Pas kini dilihat menjurus ke arah tersebut.
"Saya ingin nyatakan bahawa saya lihat seolah-olah ada pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi.
"Bersiap sedia untuk serah kerajaan negeri kepada Pas kerana nampaknya
ia sedang menjurus ke arah itu," katanya ketika sidang media yang
berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universti Malaya, hari ini.
Di samping itu, Mukhriz turut mengingatkan kerajaan agar tidak
menjadikan rakyat Ayer Hitam sebagai mangsa memandangkan semua
peruntukan Adun dipotong.
Dalam pada itu, Mukhriz turut mempersoalkan mengenai keputusan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan mengenai
pemberhentian peruntukan bagi Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Ia sepatutnya diputuskan oleh kerajaan tapi apa yang peliknya kenapa ia diumum dalam MT," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin]
Kelmarin, MT memutuskan untuk menghentikan segala bentuk bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Selain itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddi Yassin dan Mukhriz turut dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu
berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana
mendapati mereka melakukan kesalahan serius
No comments:
Post a Comment