25 Jun 2016
KUANTAN - "Saya tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP
semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang menentang Islam. Itu yang saya
maksudkan," demikian kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman
Osman.
Menurutnya, istilah itu tidak menyentuh mana-mana individu dalam DAP, sebaliknya ia berkaitan dengan pemikiran DAP itu sendiri.
"Saya tak sebut individu tetapi DAP itu ada pemikiran yang boleh
disifatkan sebagai kafir harbi. Pemikiran mereka jelas cuba memerangi
atau meracuni cara hidup Islam daripada ditegakkan. Ini yang kita
tentang," katanya.
Katanya, DAP adalah satu dasar politik yang ditentukan dasar mengetahui perjuangan menentang Islam.
"Kita dapat lihat perjuangannya (DAP) yang membangkang (menolak) Rang
Undang-Undang Persendirian (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa
Jenayah) 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan usul itu di sokong kerajaan Malaysia (Umno).
"Mereka (DAP) seolah-olah tidak bersetuju dengan kehendak orang Islam
untuk meminda RUU tersebut. Bila DAP menentang Islam ini yang kita
istilah kafir harbi," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Ahmad Shah
di Sungai Isap Damai di sini, petang tadi.
Abdul Rahman memberitahu dia tidak akan bercanggah dengan kenyataannya
sebelum ini kerana perkara yang penting ialah meletakkan Islam di atas.
Katanya, Islam perlu dipertahankan dengan sebaiknya dan meletakkan
agama itu di tempat yang tertinggi supaya ia tidak difitnahkan.
Selain itu, tambahnya, beliau bukan mahu berpolitik, sebaliknya berhak untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan agama.
"Kita umat Islam kena faham kenapa dahulu tak ada ( kenyataan daripada
ahli agama) tapi sekarang saya bangkitkan isu ini dan saya rasa ada
sebab untuk saya bercakap dalam hal ini.
"Masyarakat kena faham, saya bukan bercerita pasal politik, sebaliknya saya bercerita tentang hak kita sebagai orang Islam.
"Saya bukan bercakap cap ayam (cakap kosong) . saya bercakap ada asas agama dan saya tiada kepentingan dalam politik.
"Kalau kata saya hendak pertahankan jawatan sebagai mufti, jawatan ini dilantik atas perkenan Sultan Pahang," katanya.
Di samping itu, katanya, mufti juga merupakan individu yang menyebarkan
agama dan ajaran Islam serta mengajar masyarakat kepada perpaduan.
"Kita hendaklah bersatu bukan sahaja pada umat Islam tetapi perlu
bersama bangsa lain ke arah perpaduan dan kesejahteraan bersama,"
katanya.
Dalam pada itu, katanya, berjihad dalam Islam ini bukan hendak
berperang tetapi hendak menolak perkara-perkara yang meruntuhkan atau
yang cuba menyekat untuk kita menegakkan agama Islam ini.
Jelasnya, ini termasuklah menentang pemikiran harbi.
Beliau meminta agar masyarakat menghormati golongan ulama di negeri mereka.
Memetik kenyataan Abdul Rahman, dalam sebuah akhbar tempatan
melaporkannya, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan
negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang
umat Islam.
Beliau berkata, adalah haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap RUU dibawa Presiden Pas, Abdul Hadi
Perangai Dan Penyokong Gila Babi Kuat Umngok.masih tk nk mengaku kesalahan.kau masuk Politik jer la Orang Tua Nyanyok
ReplyDeletePerangai Dan Penyokong Gila Babi Kuat Umngok.masih tk nk mengaku kesalahan.kau masuk Politik jer la Orang Tua Nyanyok
ReplyDeletemyutfg iuyto9
ReplyDeleteCakap lain..buat lain...
ReplyDelete