Sunday, June 26, 2016

Perkasa kecam gelaran ‘kafir Harbi’ sebagai keterlaluan

 FMT| June 25, 2016
Kita tidak mahu mewujudkan imej yang buruk terhadap Islam dengan membuat kenyataan seperti itu.
Rahman Osman
KUALA LUMPUR: Melabel DAP sebagai ‘Kafir Harbi’ adalah keterlaluan!
Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata demikian mengulas kenyataan yang dibuat oleh mufti Pahang, Rahman Osman dalam satu laporan berita menyatakan adalah ‘dosa besar’ untuk bekerjasama dengan DAP.

“Walaupun kita tidak bersetuju dalam banyak isu, saya fikir tidak wajar untuk melabelkan DAP sebagai kafir harbi.
“Kita tidak patut mewujudkan imej yang buruk terhadap Islam dengan membuat kenyataan seperti itu,” kata Ibrahim pada sidang media hari ini.

Dalam berita Utusan Online bertajuk, “DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang” semalam, Rahman berkata hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Katanya, DAP menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka ia merupakan satu “dosa besar” bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Tambahnya, ‘politik kebencian’ yang diamalkan oleh DAP membimbangkan dan boleh menyebabkan huru-hara di negara ini.
Kenyataan itu kemudian dibidas oleh beberapa pihak, seperti PKR dan MCA.

2 comments:

  1. Perkasa pun tentang hudud, mereka apa???? MELAYU HARBI???

    ReplyDelete
  2. Perkasa pun tentang hudud, mereka apa???? MELAYU HARBI???

    ReplyDelete