Semua parti pembangkang harus bersatu bagi menamatkan pemerintahan Barisan Nasional di bawah Najib.
PUTRAJAYA:
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan kepentingan parti
pembangkang untuk bersatu menentang Barisan Nasional (BN), dan berkata
keengganan berbuat demikian bermakna mereka membantu Datuk Seri Najib
Razak.
“(Jika) pakatan pembangkang lawan sesama sendiri, mereka akan kalah.
Sikap itu bermakna mereka sokong pemerintahan BN di bawah Datuk Seri
Najib Razak,” kata bekas perdana menteri itu selepas menyampaikan
syarahannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar
Nik Abdullah yang berkata parti itu bersedia berbincang dengan mana-mana
parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bakal didaftarkan,
kecuali DAP dan Amanah.
Sementara itu, Dr Mahathir turut ditanya dakwaan bekas timbalan
menteri dalam negeri ketika pemerintahannya menandatangani arahan
penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana hanya menurut
arahannya.
Datuk Megat Fairouz Junaidi, anak Tan Sri Megat Junid Megat Ayub,
yang menjadi timbalan Dr Mahathir yang turut memegang jawatan menteri
dalam negeri, semalam berkata bapanya menandatangani arahan penahanan
ISA kerana diarahkan Dr Mahathir sendiri.
“Saya tidak tahu, tak pernah dengar. Ini (dakwaan baru). Mungkin dia (sebagai anak) lebih tahu daripada saya,” kata Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment