Pelaksanaan GST menyebabkan kenaikan harga barangan serta makanan dan pengguna yang perlu menanggung kesannya.
KUALA LUMPUR: Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan
harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli
makanan berkhasiat.
Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan
mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh
menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula
di peringkat pengilang lagi.
“Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai
pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat.
Kesannya memang pada pengguna.
“Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13,
pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak
bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa
yang kami untung?
“Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah
naik,” katanya yang ‘lali’ dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika
dihubungi FMT hari ini.
Hanafi berkata, ‘perkhidmatan orang tengah’ yang meraih keuntungan
besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan
pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.
“Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi
alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri
belum turun lagi,” katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam
diumumkan kerajaan.
Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga
bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan
mentah, khasnya makanan berkhasiat.
“Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal,
apa lagi selepasnya,” katanya sambil menambah hanya individu
berkemampuan boleh membeli makanan organik.
Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk
menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka
hati.
Selasa lalu, Institut Kajian Khazanah (KRI) dalam laporan terbaharu
keadaan isi rumah yang dipetik Astro Awani menunjukkan makanan kekal
sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan keluarga dengan kadar kenaikan
harga makanan berada di tahap membimbangkan.
Keadaan itu menyebabkan lebih banyak isi rumah berpendapatan rendah
tidak lagi mampu membeli makanan khasiat disebabkan kos makanan yang
semakin tinggi, di mana harga makanan laut dan ikan meningkat sehingga
30.9%, produk tenusu serta telur 23% manakala daging pula naik sehingga
18.7%.
Kaji selidik mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah
berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan lebih 65% keluarga
menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan berkhasiat.
Menurut laporan itu, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga
minimum akan membelanjakan RM25.21 hingga RM38.45 setiap hari untuk
mendapatkan diet berkhasiat.
ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
ReplyDeleteNO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa