TEL AVIV - Kebakaran besar yang berlarutan selama lima hari di tengah
dan utara Israel berjaya dikawal, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Jurucakap pasukan bomba, Yoram Levy memaklumkan, tiada kematian
dilaporkan dalam insiden itu, namun seramai 122 mangsa dirawat kerana
pelbagai kecederaan dan kebanyakannya menerima rawatan kerana terhidu
asap tebal.
"Sejak malam Sabtu lalu, situasi menjadi lebih tenang dan tiada
kebakaran baharu dilaporkan. Semua lokasi kebakaran telah dikawal dengan
bantuan pasukan asing," jelasnya.
Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kira-kira 2,000 kebakaran di
Israel dan Tebing Barat, yang mana 20 daripadanya adalah kebakaran
besar.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman berkata, 17
daripada 110 insiden kebakaran itu didakwa berpunca daripada perbuatan
khianat.
Setakat ini, polis telah menahan 23 suspek yang disyaki ada kaitan
dengan kejadian tersebut selain menyoal siasat individu lain. -
al-Arabiya
Sinar
No comments:
Post a Comment