Sinar Harian
BEIJING - CHINA. Selepas mendakwa dikenakan caj berlebihan untuk
beberapa mangkuk mi yang dimakannya, seorang pelanggan mengamuk lantas
bergaduh dengan pemilik kedai mi berkenaan.
Memetik laporan Shanghaiist, kejadian yang berlaku Sabtu lalu di
Wuhan, wilayah Hubei mengakibatkan kepala pemilik kedai itu yang berusia
42, putus selepas dipenggal pelanggan berkenaan menggunakan sebilah
pisau.
Pelanggan yang dikenali sebagai Hu, 22, kemudiannya membuang potongan kepala itu berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.
Polis kemudiannya menahan Hu untuk siasatan lanjut.
Setelah diselidiki Hu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit mental, Hu
sebelum ini pernah menghabiskan waktu selama enam bulan di rumah sakit
jiwa pada 2016.
Semantara itu sepupu Hu berkata, Hu kerap melakukan perbuatan ganas, bahkan memukul ibu bapa sendiri.
Dalam pada itu, ibu Hu membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatan anaknya itu.
"Saya tidak mendidik anak saya dengan baik, saya benar-benar minta
maaf," kata ibu Hu kepada wartawan petik laporan media tempatan.
Pemilik kedai mi tersebut tinggal bersama anak lelakinya yang berusia
13 tahun setelah bercerai dengan isterinya lima tahun lalu, teman rapat
pemilik kedai berkenaan mengenalinya sebagai seorang lelaki yang jujur
No comments:
Post a Comment