Sinar Harian
28 Februari 2017
PAS diramal tetap kembali bersama pakatan pembangkang
menjelang PRU14 bagi memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN
menjadi kenyataan.
Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang percaya Pas tidak
mungkin akan bekerjasama dengan BN kerana kedua-dua parti menghadapi
masalah dari segi pengagihan kerusi.
"Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan Pas semata-mata
untuk menjaga maruah masing-masing. Dari segi realitinya, Pakatan
Harapan masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan
kepada BN," kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press.
Beliau berkata, kemunculan Bersatu turut menjadi satu faktor lagi
kenapa Amanah ketika ini sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Pas.
"Sebelum ini, DAP dan Amanah yakin dengan kemampuan mereka untuk
menggugat kekuatan Pas. Tetapi selepas Bersatu ditubuhkan, kekuatan
Amanah agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan Pas boleh
dikatakan sudah tertutup.
"Amanah ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan
Bersatu. Oleh itu, tidaklah mustahil Amanah barangkali akan bekerjasama
semula dengan Pas," jelas Tian Chua.
No comments:
Post a Comment