Sinar Harian
CALGARY - ALBERTA. Para penyelidik di Kanada kini telah melakukan uji
kaji terhadap tahap pencemaran urin atau air kencing yang terdapat
sesebuah kolam renang.
Memetik laporan Reuters, hasil penemuan daripada ujian tersebut tidaklah begitu memberansangkan.
Penyelidik daripada Universiti Alberta telah melakukan ujian untuk
menunjukkan tahap pencemaran urin di mana sebanyak 250 sampel melibatkan
31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada
dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.
Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air
dengan kira-kira 1/ 3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter
urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan
urin.
Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis
tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara
menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang
ideal’.
Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril),
bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di
dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang
akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut.
No comments:
Post a Comment