Menteri menepis ejeken 'Pondan Padang Rengas' dan gembira kerana dapat menimbulkan kemarahan Zainudin Maidin.
PETALING
JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz tidak terkesan dengan kenyataan bekas
menteri Tan Sri Zainudin Maidin dan menggelarnya seorang ahli politik
yang gagal.
“Dia kalah pilihan raya di tangan kawan saya, Datuk Johari Abdul
daripada PKR pada 2008. Dia tak wakili sesiapa pun kecuali dirinya
sahaja.
“Jadi saya tak kisah langsung sebab dia ahli politik tersingkir,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan ketika dihubungi FMT.
Awal hari ini, Zainudin, juga dikenali sebagai Zam, membuat beberapa
twit mempertahankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang
bertikam lidah dengan Nazri hujung minggu lalu.
Zam menggelar Nazri “pondan Padang Rengas”, dan menambah “Nazri
sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut
nak keluar kampung lawan orang tua nyanyuk”.
Ahli Parlimen Padang Rengas bagaimanapun seronok dapat menimbulkan kemarahan Zam.
“Memang saya berniat mahu menyakiti hati Mahathir dan penyokongnya.
Jelas sekali, Zainuddin sakit hati apabila dia menjawab dan saya sangat
gembira sebenarnya.
“Kesimpulannya, saya berada di sini bukan untuk menggembirakan mereka. Saya di sini hanya untuk melakukan kerja saya.”
Aksi balas membalas tercetus apabila Nazri mencabar sama ada Dr
Mahathir atau Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri
Muhyiddin Yassin bertanding di Parlimen Padang Rengas.
Dr Mahathir pula membalas cabaran itu dengan mengajak Nazri
bertanding melawannya di Langkawi. Nazri tidak dapat menyahut cabaran
itu kerana sistem pengagihan kerusi Umno tidak membolehkan beliau
berpindah dari Padang Rengas.
“Mahathir patut lebih tahu. Dia presiden BN untuk tempoh masa yang
panjang dan saya tak perlu ajar perkara ini. Dia tahu bagaimana sistem
ini berfungsi,” kata Nazri.
Nazri mempunyai sejarah bertelingkah dengan Dr Mahathir sejak bekas
perdana menteri lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
No comments:
Post a Comment